Anwar Setuju Guan Eng Benarkan Bukan Islam Guna Kalimah Allah Di Penang

Kuala Lumpur – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, kenyataan Lim Guan Eng bukan Islam boleh menggunakan perkataan Allah memang betul.

“Beliau betul, terdapat bukti dan alasan yang kukuh untuk menyokong keputusan yang beliau ambil,” kata Anwar ketika ditemui pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Ada ulama terkenal di dunia yang mempunyai pendirian yang sama. Berbeza dengan pendirian yang diambil beberapa jabatan agama negeri,” katanya.

Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada beliau bersetuju dengan Lim tidak ada larangan atas orang bukan Islam di Pulau Pinang daripada menggunakan beberapa frasa Arab, Anwar berkata ia adalah “satu isu undang-undang”.

Tetapi beliau menggesa pihak berkuasa untuk mengadakan perbincangan berkaitan dengan isu ini, dan bukannya mengambil tindakan terhadap ketua menteri Pulau Pinang.

“Adakan perbincangan dan wacana, itu saja. Maksud saya, saya tidak mahu mengutuk keputusan mereka atau perlu menegur kita kerana mengulangi apa yang dikatakan ulama.

“Sebagai contoh, saya bertanya Sheikh Qardawi mengenai penggunaan Allah dan saya sampaikannya kepada Guan Eng,” kata Anwar, merujuk kepada ulama Islam terkenal Yusuf Al Qardawi.

Polis Pulau Pinang memulakan siasatan ke atas Lim bagi kenyataaan itu, selepas laporan polis dibuat terhadapnya pada Sabtu oleh Pemuda Umno Bahagian Bukit Mertajam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.