Amaran Ribut Petir Di Pahang Dan Sarawak

Petaling Jaya – Amaran Ribut Petir Di Pahang & Sarawak pada pukul  12:50 tengah malam 15 Disember 2014.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) ia terbahagi kepada 2 seksyen;

Seksyen A : Nasihat Hujan Lebat (Peringkat Kuning)

Dikeluarkan pada: 9:01 pagi pada 14 Disember 2014.

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana lebat yang berlaku di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis dijangka berterusan sehingga Isnin, 15 Disember 2014.

Manakala Seksyen B : Amaran Ribut Petir

Dikeluarkan pada: 12:50 tengah malam pada 15 Disember 2014.

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Pahang (Daerah Kuantan) dan Sarawak : Bahagian Bintulu (semua daerah) dijangka berterusan sehingga awal pagi, Isnin 15 Disember 2014.

Orang ramai diminta mengambil langkah berjaga-jaga kerana perubahan angin monsun yang berlaku di negara ini.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai dinasihati melayari portal rasmi MetMalaysia untuk mengetahui keadaan cuaca dari semasa ke semasa.

–Jabatan Meteorologi Malaysia 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.