Ada Yang Dia Minta Tapi Tak Dapat – Zahid

Kuala Lumpur – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamid membidas bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ekoran seruannya agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar berhenti “menipu” rakyat dan menjelaskan perkara yang sebenar berkaitan isu-isu dalam negara ini.

Mengakui beliau belum mengikuti kenyataan penuh Abdul Rashid dalam persidangan tahunan AGM NGO PERKASA semalam, Zahid berkata sepatutnya bekas pengerusi SPR menegur sewaktu berkhidmat dalam kerajaan.

“Masa dalam kerajaan, kenapa beliau tidak sebut (perkara tersebut).

“Adalah tu yang dia minta, dia tak dapat. Tulis tu (dalam laporan kamu),” kata Zahid dalam sidang medianya pagi ini yang diiringi ketawa kecil wartawan.

Bekas ‘boss’ SPR itu semalam  menyeru agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar berhenti “menipu” rakyat dan menjelaskan perkara yang sebenar berkaitan isu-isu berbangkit dalam negara ini.

“Berhenti menipu rakyat dan buat kerja kamu. Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh, kita ada kuasa, polis pun kuasa kita, semua kita punya, kuasa itu banyak. Power (kuasa), power.

“Tak usah kerajaan nak bohongi rakyat, dedahkan (perkara sebenar berkaitan isu negara),” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam persidangan agung PERKASA di Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut secara jelas mana-mana isu yang dirujuknya itu.

Rashid juga berkata, sejak tidak mempunyai sebarang jawatan lagi, beliau kini berani mengkritik kerajaan tanpa rasa takut.

“Saya berani maki kerana saya tidak ada kuasa, jadi saya berani.

“Saya maki semua orang. Kita bagi kuasa untuk lakukan sesuatu, dia tak buat apa-apa, tapi dia kata dia buat,” katanya.

Beliau turut menambah, kritikan yang diberikan bersifat berani kerana tidak ada apa yang perlu disembunyikan dan beliau juga “tidak mencuri wang rakyat”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.