50 Pelanggan Kafe Dijadikan Tebusan Lelaki Bersenjata Api

Sydney – Kira-kira 50 orang dipercayai di tahan sebagai tebusan oleh lelaki bersenjata api di sebuah kafe di sini.

Menurut laporan awal sekumpulan tebusan di paksa memegang bendera yg di tulis ‘tiada tuhan melainkan Allah’.

Tidak dapat dipastikan samada kejadian itu di dalangi oleh anasir Islamic State (IS).

Sebahagian daripada bandaraya Sydney ditutup kepada orang ramai dengan ribuan anggota polis dan tentera di kerah di kawasan sekitar kafe itu.

Perdana Menteri Tony Abbott berkata beliau mengadakan mesyuarat jawatankuasa keselamatan negara untuk taklimat mengenai kejadian itu.

Australia, yang menyokong Amerika Syarikat dan tindakannya yang semakin meningkat terhadap IS (Negara Islam) di Syria dan Iraq, mengambil tindakan berjaga-jaga terhadap serangan puak radikal Islam atau pejuang tempatan yang pulang dari konflik di Timur Tengah.

Puluhan anggota polis bersenjata mengepung Lindt Cafe di Martin Place, yang menempatkan Reserve Bank Australia, bank-bank perdagangan dan berhampiran dengan bangunan parlimen negeri New South Wales (NSW).

Rakaman televisyen secara langsung menunjukkan pelanggan di dalam kafe itu berdiri dengan tangan mereka ditekan ke tingkap. Bendera hitam dan putih yang serupa dengan yang digunakan oleh militan Islam di Iraq dan Syria juga dapat dilihat.

Twitter Polis NSW menyebut: “Satu operasi polis sedang dilancarkan di Martin Place, CBD Sydney Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak kawasan itu”.

Media tempatan melaporkan bahawa Sydney Opera House yang terletak berhampiran, telah dikosongkan selepas satu bungkusan yang mencurigakan ditemui.

Seorang kakitangannya berkata dia masih berada di dalam bangunan tetapi enggan mengulas lanjut dan polis berkata mereka masih berusaha untuk mengesahkan kejadian itu.

Perkhidmatan keretapi dan bas dihentikan dan laluan di kawasan itu ditutup, dengan pengendali keretapi berkata terdapat satu ancaman bom di Martin Place.

Peniaga di pasaran mata wang berkata berita mengenai tebusan itu mungkin telah menyebabkan kemerosotan nilai dolar Australia, yang sudah pun berdepan dengan tekanan daripada penghindaran risiko global seperti harga minyak yang jatuh semula.

Mata wang tempatan berada pada paras $0.8227, dengan mencecah paras terendahnya minggu lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.