80 peratus penyeludup rokok di Selangor warga asing

SHAH ALAM 15 Dis. – Seramai 80 peratus daripada 114 orang yang ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor kerana menyeludup rokok dari Januari hingga November, adalah warga asing.

Pengarahnya, Badaruddin Mohamed Rafik berkata, daripada jumlah itu 35 telah dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Kastam 1967.

“Sepanjang tempoh berkenaan juga, jabatan merampas rokok putih dan rokok kretek bernilai RM4.9 juta melibatkan cukai RM28.5 juta dalam 313 serbuan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Operasi Bersepadu Membenteras Rokok Seludup 2013 di sini hari ini. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.