Video: Tawaran Kerja Dibatalkan, Tak Apa.. Tiada Kitab Kata Rezeki Itu Dari PH – Shahrol Shiro

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara Shahrol Shiro mengakui banyak tawaran kerja yang diterimanya sebelum ini, kini dibatalkan.

“Saya adalah artis yang paling banyak ‘job’ ketika ini… paling banyak job kena cancel,” kata Shahrol, nama sebenar Shahrol Azizie Azmi.

Hadir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai malam tadi, peserta Maharaja Lawak Mega itu mendedahkan banyak pihak menegurnya agar tidak berceramah atas pentas Barisan Nasional (BN).

“Ada komen-komen daripada kawan-kawan [yang kata], ‘Shahrol, engkau naik atas pentas BN, makan pasirlah [lepas ni], makan pasirlah anak keluarga kau.

“Tapi saya tanya ustaz, saya tak tak pernah baca dalam kitab, bahawa ‘taatlah kamu kepada Pakatan Harapan, sesungguhnya rezeki itu adalah daripada mereka.”

Ucapannya di ‘Pentas Pemuda Bangkit Kembali’ itu mengundang gelak ketawa, sorakan dan tepukan gemuruh daripada hadirin di Pekan Nanas, Pontian di Johor.

Rakaman ucapan selama 13 minit dimuatnaik di Facebook Umno Online beberapa jam lalu dan ditonton lebih 100,000 setakat ini.

Bekas penyampai radio Suria FM itu turut mendedahkan ada rakan yang memujuknya agar berdiam diri atau menyokong kerajaan hari ini.

“Tetapi ini prinsip saya, kalau diam membuat kamu bijak kau lakukan. Tapi kalau kamu diam, tapi kamu dipijak, kamu bersuaralah.

“Hari ini, anak muda, bersuara agar kebenaran itu didengari,” katanya yang diiringi tepukan dan sorakan gemuruh.

Shahrol Shiro Makan Pasir Bila Berada Di Pentas BN

Shahrol Shiro Makan Pasir Bila Berada Di Pentas BN

Posted by UMNO Online on Wednesday, November 13, 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!