Tun M Tukar Pandangan, Tiada Rombakan Kabinet

SINGAPURA – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad belum mempertimbangkan melakukan rombakan Kabinet yang baru berusia 6 bulan.

Pengerusi Pakatan Harapan itu ditanya kemungkinan Kabinet dirombak berikutan PKR, parti komponen dalam pakatan itu, baru selesai mengadakan pemilihan parti.

“Saya tidak akan melakukannya (rombakan), tetapi PH mungkin mahu. Mereka mungkin mahu, mereka mungkin desak.

“Jadi, saya perlu pertimbangkan. Bagaimanapun, bagi diri saya, saya belum buat keputusan berkaitan rombakan,” katanya di akhir Sidang Kemuncak Asean ke-33 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di sini, hari ini.

Ditanya “siapa” yang beliau maksudkan itu, Dr Mahathir berkata: “Mereka adalah parti lain. PKR atau DAP atau Amanah.

“Adalah sukar untuk menilai prestasi menteri Kabinet. Saya tidak mahu melakukan pertukaran kerana ia membawa kepada kurang keyakinan.”

Disebabkan timbul kebimbangan tentang prestasi sesetengah menteri, Dr Mahathir berkata, mereka akan diberi peluang.

“Mereka masih baru dan kami perlu berbincang dengan mereka. Saya mesti akui mereka tidak biasa berada dalam kerajaan. Mereka lebih biasa dengan keadaan sebagai pembangkang. Jadi, ada antara perkara yang mereka lakukan mencerminkan kedudukan mereka sebagai pembangkang.”

Ditanya selama mana beliau bersedia memberi mereka masa, Dr Mahathir berkata: “Saya tidak pasti.” – BERNAMA

One thought on “Tun M Tukar Pandangan, Tiada Rombakan Kabinet

  • November 16, 2018 at 10:42 am
    Permalink

    Tu yg bgsnya…kukuh ekonomi kerajaan dn keperluan rakyat tu yg pentingnya…!! Stabil ..pulih baru cantik Tun?? PH terbaik tk rampas dari parti korup??? Tk juga pd rakyat yg begitu cerdik bijak undi PH..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.