Rosmah Mengaku Tidak Terima Rasuah, Jaminan RM1 Juta

KUALA LUMPUR – Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengaku tidak bersalah atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM189 juta berhubung Projek Bersepadu sistem solar photovoltaic hibrid dan Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak.

Beliau membuat pengakuan itu dihadapan hakim Azman Abdullah.

Pertuduhan  dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

Pihak pendakwaraya yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Omar Saifuddin Jaafar menawarkan jaminan sebanyak RM1 juta dengan seorang penjamin selain tertuduh menyerahkan pasportnya ke mahkamah.

Tiada bantahan daripada pihak pembelaan namun peguam Gheetan Ram Vincent memaklumkan pasport anak guamnya telah diserahkan kepada mahkamah bagi kes sebelum ini.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM1juta  dan membenarkan permohonan supaya bayaran jamin dibuat secara  ansuran dalam tempoh seminggu. – SINAR HARIAN

6 thoughts on “Rosmah Mengaku Tidak Terima Rasuah, Jaminan RM1 Juta

  • November 15, 2018 at 3:39 pm
    Permalink

    Tk ngaku salah lagi?? Brrapa lama nk tepis?? 50tahun?? Patut tnpa jaminan sbb dia org ni ada jer duit byr jamin??mana dapat?? Senang sgt dapat duit?? Nk lawan undang? Hukum allah swt?? Elak lah jgn tak terelak sudah la ya??

    Reply
  • November 15, 2018 at 3:50 pm
    Permalink

    Salah tk leh tutup sewenang2nya..tk salah ok lah..salah..dakwa hukum berat2nya.. jgn ingat tk dapat kesan??? Agar terbukti salahlaku semua yg didakwa?? Ramai senarai menunggu..tnggu jer ya..jgn lari tau?? Spesis korupsi sama jer??

    Reply
  • November 15, 2018 at 7:41 pm
    Permalink

    Bgs tk ngaku?? Lama mana nk tepis?? Yg bgs semua tuduhan usah ngaku tau?? Byr jamin juta2 tkpe byk duit?? Sama spesis korupsi rasuah tu je korang buat dulu kan?? Smga .agar .. mudah2an akan terbukti semua nya benar tanpa dpt tepis lagi perosak2 ni dlm dakwaan !! Baru tahu langit tinggi ke rendah?? 1 dunia tahu skandal 1mdb dan byk lagi menyusul 1 demi 1..usah bimbang ya…ramai kromi2 akan didakwa semua spesis sama!!

    Reply
  • November 15, 2018 at 8:53 pm
    Permalink

    Bicara dalam mahkamah barulah kita tahu betapa rakusnya mereka2 ni?? Selama ni tepis elak tk ngaku ..dlm mahkamah angkat sumpah (tidak bolih tipu) kes banyak sgt nk tepis mcmana?? Perkara sebenar akan terbukti jua..insyallah salah dakwa hukum seberat2nya..!!!

    Reply
  • November 23, 2018 at 6:13 pm
    Permalink

    Sama naik laki bini tak ngaku bersalah??? Kes banyak masih tak ngaku ?? Lama mana tu nk tepis..elak 40tahun??? Saksi bukti cukup kukuh apa je kau buat dapat kesan!! Dlm rumah juta2 didakwa ribu juta. !! Byr jamin juta2!! Mana datang sumber duit?? Senang je dapat?? Cap duit?? Nampak sgt ketara nak angkuh takbur bongkak dgn mewah melampau2??? Tk sedar sendiri jerut leher?? Rakus zalim khianat rompak samun duit rakyat?? Khianat rakyat yg pilih kau?? Belot penyangak penyamun??? Tk lari mana punya?, semua da tahu?? Tnggu je hukuman seberat2nya kau terima ya!!! Hukum dunia tak lepas hukum… akhirat lagi lah tak bolih tipu!!!! asal bahagia tk lena tidur ok lah tu?? Rakyat hari2 tgk dengar berita kau??huh malunya weh??

    Reply
  • November 23, 2018 at 6:16 pm
    Permalink

    Salah hukum dakwa ..?? Pemimpin tidak amanah?? Rasuah salah guna kuasa!! Rakyat dianiaya…di bohongi dirompak??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.