Rafizi Ganti Saya Jadi MB N.Sembilan Spekulasi Nakal – Aminuddin

SEREMBAN — Aminuddin Harun menyifatkan tanggapan Rafizi Ramli bakal menggantikannya sebagai menteri besar Negeri Sembilan hanya “spekulasi nakal”.

“Bagi saya, Rafizi mempunyai peranan lebih besar, bukan di peringkat negeri,” kata Aminuddin selepas mesyuarat exco di rumahnya semalam, lapor Berita Harian.

Beliau mengulas desas-desus berkaitan naib presiden PKR bakal dinamakan bertanding di DUN Rantau ekoran petisyen yang difailkan calon PKR, Dr S. Streram.

Bercuti selepas pembedahan pintasan jantung, beliau berkata mahkamah belum memutuskan petisyen itu bagi membolehkan pilihan raya kecil (PRK) diadakan.

“Apa pun, kita sedar jika PRK diadakan, ia akan menjadi sengit kerana menentang timbalan presiden Umno [Datuk Seri Mohamad Hasan] di kubu kuat parti itu.”

Aminuddin menyerahkan kepada biro politik PKR dan presiden untuk memilih calon walau ada dua atau tiga calon tempatan dan luar yang boleh diketengah.

Pada 23 Mei lalu, calon PKR Dr S Streram membuat petisyen agar PRK di DUN Rantau diadakan serta-merta berikutan penyandangnya tidak dipilih secara sah.

Umno pada 6 November lalu melancarkan jentera pilihan raya DUN itu sebagai persediaan awal dan melancarkan gerak kerja parti pada peringkat akar umbi. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.