Hishamuddin Pertikai Pembelian Aset Pertahanan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kementerian itu perlu mendesak Kementerian Pertahanan menjelaskan bagaimana mereka mampu membeli aset selepas menerima peruntukan yang lebih sedikit pada belanjawan kali ini.

Beliau berkata sepatutnya melakukan pemeriksaan realiti atau “reality check” terlebih dahulu sebelum mencadangkan belanjawan mereka.

“Saya fikir kerajaan perlu membuat perbandingan setara dengan apa yang terdapat dalam dokumen hitam dan putih dengan apa yang dibentangkan dalam Perlimen sekarang.

“Saya tak tengok kenyataan YB menteri berkait dengan aset dapat disandarkan peruntukan sedia ada. Saya tak nampak penyelenggaraan dapat diimbangi dengan keutamaan lain dalam Mindef,” katanya.

Dalam pembentangan Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng baru-baru ini, kerajaan menyediakan peruntukan pembangunan sebanyak RM5.9 bilion kepada Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.

Berdasarkan Bajet 2018, kerajaan memperuntukkan lebih RM17 bilion kepada Kementerian Pertahanan dan kira-kira RM8 bilion untuk Kementerian Dalam Negeri.

Hishammuddin berkata kerajaan pernah menyatakan hasrat untuk untuk membeli aset pertahanan baharu seperti Unmanned Aerial Vehicles (UAV) dan Maritime Patrol Aircraft tetapi semua aset itu mahal dan melibatkan kos penyelenggaraan tinggi.

“Peruntukan Mindef dikurangkan 2 bilion, kalau dulu pun kita tak mampu beli aset 2 sebegini macam mana dia nak yakinkan orang ramai bahawa aset-aset ini nak perolehi sekarang dengan bajet yang dibentangkan.

“Rakyat tidak diberi butiran mengenai pecahan belanjawan yang diperlukan oleh tentera darat, laut dan udara.

“Saya juga tidak melihat sebarang kenyataan oleh kementerian bagaimana aset boleh dibiayai dengan peruntukan semasa ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata beliau kini sedang mengekalkan komunikasi dengan pemimpin di China untuk memburu ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low.

Malah katanya beliau juga akan memaklumkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Puzi Harun sekiranya memperoleh sebarang maklumat.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.