Bebankan Tertuduh Yang Belum Dibuktikan Bersalah Adalah Bertentangan Dengan Prinsip Keadilan

SHAH ALAM – Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Razak menyelar tindakan mengenakan wang jaminan berjuta ringgit untuk pertuduhan tambahan terhadap mantan perdana menteri itu dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Isham Jalil, yang juga Presiden Sukarelawan Malaysia berkata, membebankan tertuduh dengan wang jaminan berjuta ringgit setiap kali pertuduhan tambahan dibuat sebelum mereka diadili di mahkamah, merupakan sesuatu yang bertentangan dengan prinsip keadilan.

“Mereka berdua (Najib dan Rosmah) telah bayar lebih RM10 juta wang jaminan untuk pertuduhan-pertuduhan sebelum ini dan mereka pun telah lama tidak dibenar dan disekat dari keluar negara di samping akaun dibeku sebelum ini. 

“Oleh itu wang jaminan berjuta ringgit untuk pertuduhan tambahan adalah tidak perlu kerana risiko mereka untuk lari adalah minima dengan wang jaminan terdahulu pun telah dibayar,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Isham menambah, seseorang itu adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya di mahkamah, justeru tertuduh tidak perlu dibeban dan ditekan dengan tidak sepatutnya semasa atau sebelum proses perbicaraan.

Rosmah hari ini mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah melibatkan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah-sekolah Sarawak.

Beliau yang didakwa  dibawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2019 (Akta 694) dibenarkan ikat jamin dengan RM1 juta. 

Pada 20 September lalu, Najib mengaku tidak bersalah atas 25 pertuduhan berkaitan kemasukan RM2.6 billion ke akaun peribadi beliau membabitkan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Beliau bagaimanapun dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM3.5 juta berhubung 25 pertuduhan yang dihadapinya. -SuaraTv 

2 thoughts on “Bebankan Tertuduh Yang Belum Dibuktikan Bersalah Adalah Bertentangan Dengan Prinsip Keadilan

  • November 16, 2018 at 10:38 am
    Permalink

    Usah jadi hero?? Sibuk2 napa?? Undang2 lebih tahu dari kau yg buta kayu?? Bawang kicap lebih!!poorah??

    Reply
  • November 16, 2018 at 2:23 pm
    Permalink

    PM7 & the gang kecut telur…tunggu rakyat kasi bungkus dgn laknat2 DAP!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.