Bangsa DAP Sudah Muncul Di Malaysia

Dahulu, sejak menang di Pulau Pinang pada 2008, orang mula gelar DAP sebagai Developers Action Party kerana sangat prihatin kepada pemaju berbanding rakyat yang menjadi teras perjuangan sebelum itu.

Kini, sesudah 10 tahun, sejak menawan Putrajaya pada PRU14, Developers Action Party melangkaui pengaruh dengan mencetuskan bangsa sendiri – bangsa DAP – bermatlamat membolot kekayaan dan mengukuhkan kuasanya di bumi Malaysia tercinta ini.

Menerusi ICERD dan pembentangan Bajet 2019 buat masa ini, bangsa DAP yang menguasai Pakatan Harapan terus diperkasakan dengan melemahkan bangsa yang menjadi majoriti rakyat di negara ini menerusi pelaksanaan prinsip kesaksamaan, pengurangan peruntukan MARA dan banyak lagi.

Apa yang hipokritnya, bangsa DAP ke arah melahirkan bangsa Malaysia begitu teruja menghapuskan label Bumiputera dan menghakis hak-hak orang Melayu dan mengganggu gugat kedaulatan agama Islam kononnya atas dasar kesaksamaan dan keadilan tetapi tidak pula mahu hapuskan SJKC yang menjadi punca utama kegagalan melahirkan bangsa Malaysia yang sebenar.

Juga, kata nak jadi bangsa Malaysia tetapi kebanyakan perkataan yang terpacul di mulut hanyalah bahasa bangsa DAP sehingga amanah yang diberikan oleh rakyat untuk bersuara sama ada di DUN atau Dewan Rakyat gagal terlaksana, semuanya kerana tidak mahu untuk belajar fasih berbahasa kebangsaan.

Yang lebih menyeronokkan untuk bangsa DAP ini yang menguasai 53 kerusi Parlimen adalah usaha melemahkan dan membolot kek ekonomi Malaysia ini disokong oleh sekelompok Melayu yang melutut pada bangsa DAP semata-mata untuk mengemis jawatan, kuasa yang tidak seberapa.

Saya nak tanya, apakah kewujudan bangsa DAP ini baik untuk negara? Untuk orang Cina, mungkin baik dalam jangka pendek tetapi tidak baik untuk jangka panjang apabila Melayu sudah ‘bangun dari tidurnya’.

Ya, umat Melayu masih ‘tidur nenyak’ tetapi mereka ini akan bangkit kelak dan pastinya, apabila mereka terjaga dan mula menyedari kehidupan yang semakin sukar, agaknya apalah yang bakal berlaku.

Untuk masyarakat Melayu, sokongan untuk melaksanakan ICERD oleh bangsa DAP ini tidak akan menambah baik nasib orang Melayu atau memperkukuhkan lagi kedudukan agama Islam kerana yang sebaliknya akan berlaku di samping kek ekonomi Melayu makin berkurangan.

Untuk orang India, apa yang berlaku ke atas rakan-rakan Cina dan India ini pastinya bukan sesuatu yang tidak baik untuk anda.

Sedarilah, percaya lah atas pengalaman saya bersama DAP berdekad-dekad lamanya, bangsa DAP sedang membawa Malaysia menuju kehancuran dan pastinya kita tidak mahu apa yang kita nikmati selama ini tidak dapat diwariskan kepada anak-cucu kita.

Untuk nota, kita tak makin senang sejak bangsa DAP menguasai negara sejak 9 Mei yang lalu setelah nilai ringgit menurun, harga getah dan kelapa sawit jatuh teruk, harga barang naik mencanak, peruntukan MARA dikurangkan, ketegangan antara kaum meningkat dan orang Cina turu mengeluh kontrak dibatalkan.

Bangkitlah pertahankan Malaysia dari ancaman bangsa DAP ini…

Amran Ahmad Nor
Presiden Consent Malaysia
Timbalan Pengerusi Gagasan Tiga (G3)

#BiarmatiberdiridarihidupmelututpadaDAP
#CukupSekali

One thought on “Bangsa DAP Sudah Muncul Di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.