Tony Pua dan Bandar Malaysia

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 14 November 2017

 

Apabila 1MDB menjual saham di Bandar Malaysia, Pakatan merungut.

Apabila kerajaan membatalkan perjanjian, Pakatan merungut.

Dan apabila kerajaan mengeluarkan semula RFP baru untuk Bandar Malaysia tetapi kerajaan belum mengumumkan keputusan 3 bulan selepas RFP ditutup, Pakatan merungut.

DAP Tony Pua terus membuat tuduhan palsu dalam serangannya terhadap 1MDB apabila beliau mendakwa tiada sesiapa yang berminat dalam projek Bandar Malaysia.

Ini walaupun projek Bandar Malaysia sangat menarik kerana ia akan menjadi stesen terminal Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) untuk Malaysia (dan sebuah stesen MRT) dan akan menjadi sebahagian daripada rangkaian kereta api pan-Asia.

Harga tanah di Singapura adalah hampir 20 kali ganda lebih tinggi daripada harga yang diunjurkan untuk Bandar Malaysia – maka daya tarikan projek yang hanya 90 minit dengan kereta api dari Singapura tidak dapat dinafikan.

Kementerian Kewangan melancarkan RFP pada 5 Julai, dengan tarikh akhir pada 20 Julai. RFP ini telah menarik banyak pembida antarabangsa yang tersenarai dalam Fortune Global 500.

Ia hanyalah 3 bulan selepas RFP ditutup.

Apabila anda bercakap tentang projek yang mempunyai Nilai Pembangunan Kasar melebihi RM200 bilion, anda tidak dengan mudah hanya menutup RFP, membuat keputusan dan membuat penganugerahan dengan segera.

Tindakan sedemikian akan melibatkan penyenaraian singkat beberapa pihak untuk rundingan dan kesungguhan dari pembeli dan penjual. Rundingan ini memerlukan masa – terutamanya kerana ini adalah projek mega bilion.

Saya yakin kerajaan akan mengumumkan pemenang untuk Bandar Malaysia kelak selepas semua rundingan dengan pihak yang disenarai pendek telah selesai.

Ini bukan projek biasa anda seperti yang disukai oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Sebagai contoh, PDC Pulau Pinang mengeluarkan RFP untuk projek padang golf dan taman tema di Batu Kawan pada 5 Ogos 2013 dengan tarikh tutup 31 Okt 2013.
http://www.thesundaily.my/news/789764

Empat bulan kemudian, terdapat spekulasi bahawa Eco World merupakan satu-satunya pembida:
https://klse.i3investor.com/blogs/kianweiaritcles/45974.jsp

Lebih daripada 18 bulan selepas RFP PDC ditutup barulah ianya diumumkan, iaitu pada April 2015, bahawa Eco World adalah pemenangnya.
https://www.iproperty.com.my/news/10059/eco-world-to-buy-land-in-batu-kawan-from-pdc#ATWeq0uYb8IXCdbj.97

Dan lebih teruk lagi… 14 bulan kemudian pada Jun 2016, PDC dan Eco World bersetuju untuk membatalkan penganugerahan itu kerana ianya didapati bahawa kawasan tanah itu tidak cukup besar untuk sebuah padang golf walaupun RFP itu adalah untuk pembinaan sebuah padang golf.
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2016/06/08/proposed-golf-course-gets-in-the-way-of-eco-marina-devt/

Itu belum lagi mengenai projek pelancongan perubatan yang gagal di Taman Manggis (sejak 2010) atau projek Pusat Penyumberan Luar dengan Temasek (sejak 2014) – kedua-duanya adalah RFP Kerajaan Pulau Pinang dan dengan kedua-dua projek ini sudah pun mati sebelum ia sempat dimulakan pun.

Sekiranya Tony Pua mahu kepoh mengenai projek-projek mega, mungkin beliau harus meminjamkan “kepakarannya” kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang yang telah terbukti berkali-kali tidak cekap.

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.