Ratusan Mayat Anggota ISIS Sudah Hampir Setahun Tersimpan Di Kontainer Penyejuk

Hampir setahun kira-kira 700 mayat anggota ISIS mangsa peperangan anti-pengganas disimpan di Kontainer Penyejuk di bandar Misrata di Libya.

Beratus-ratus mayat telah ditempatkan di ‘ bilik mayat improvisasi ‘ sejak Disember 2016, ketika ISIS dihalau dari kota pantai Sirte, kubu mereka di Libya.

“Suhu Kontainer harus dijaga di antara suhu -18 hingga -20 celcius supaya jasad tetap awet,” kata Ali Tuwaileb yang bertanggung jawab atas kemudahan itu.

“Seperti yang dapat kita lihat, kita tidak mempunyai cara yang mencukupi, di sini kita juga mengambil sampel untuk ujian DNA dan juga gambar-gambar mayat,” tambah Tuwaileb.

Kerana keterbatasan sumber daya, beratus-ratus mayat lain ada yang ditinggalkan di bawah runtuhan di Sirte dan ada yang lain dikebumikan.

Selepas pertempuran yang dilancarkan oleh pasukan pakatan gabungan yang diketuai AS, banyak mayat di sekitar jalan di Sirte dan ini menimbulkan ketakutan terhadap wabak.

Menurut anggaran Tuwaileb, antara 1,500 dan 2,000 mayat dikebumikan di bandar Mediterranean.

“Kami tidak mempunyai ruang yang cukup untuk menyimpan semua mayat dan tidak mungkin untuk mengebumikan mereka semua.” Dikatakan Tuwaelib.

Kontainer tersebut juga dikatakan dipinjam dari sejumlah syarikat swasta. Dari permulaannya tujuh kontainer, tiga di antaranya sudah rosak. Permasalahan juga muncul ketika  musim panas dan ketika terputus elektrik.

“Kami mesti selalu bersedia mengisi bahan bakar secara teratur,” katanya lagi.

Fail beratus-ratus jasad juga telah dihantar ke pejabat peguam negara di Tripoli. Menunggu keputusan bila dan di mana mayat tersebut akan dikebumikan.

Menurut Tuwaileb, dari dokumen yang dijumpai dengan mayat, kebanyakan mayat berasal dari Tunisia, Mesir, dan Sudan. Tetapi hampir tiada keluarga datang untuk menuntut mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.