Polis Tahan Suspek Kes Bertumbuk Rebut Beli Kasut Adidas RM1,150

KUALA LUMPUR  ― Polis berjaya memberkas suspek yang terlibat dalam kejadian menumbuk seorang lelaki di sebuah pusat beli belah di sini pada Sabtu.

Ketua polis Dang Wangi berkata suspek ditahan di rumahnya di Batu Caves pada Isnin dan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

“Suspek akan dituduh esok [Rabu] dan dalam rakaman percakapan yang dilakukan, suspek mengaku menumbuk mangsa di bahagian hidung kerana berebut giliran untuk mendapatkan kasut.

“Suspek juga didapati mempunyai satu rekod jenayah lampau bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” kata ACP Shaharudin Abdullah seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Mangsa Faiz Hariz, 22, dilaporkan patah tulang hidung dan lebam mata kiri ditumbuk kerana menegur suspek memotong barisan.

Dalam kejadian 6 pagi itu, mereka sedang beratur untuk membeli kasut bernilai RM1,150 di Suria KLCC. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.