Pembangkang Gigit Jari Bila Najib Dipuji Trump Sekali Lagi

Semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Donald Trump, pada September lalu, Presiden Amerika Syarikat tu telah memaklumkan kepada semua yang ada di Rumah Putih bahawa Najib adalah sahabatnya.

Malah Trump juga mengiringi Najib hingga ke pintu untuk mengucapkan selamat jalan, di luar kelaziman beliau yang hanya menghantar pemimpin berkunjung ke pejabat beliau, setakat di lantai utama.

Semalam, semasa kedua-duanya bertemu pada Sidang Kemuncak Peringatan Ulang Tahun ke-40 ASEAN-Amerika , Trump sekali lagi memuji Najib kerana menjalankan tugasnya dengan baik.

Trump juga mengulangi bahawa Najib adalah sahabat baiknya.

“”Prime Minister Najib is a good friend of mine, a very good friend of mine. We have known each other before I became President, when I was in the business world. In life you will never know where you will end up,” ini kata-kata Trump.

Bayangkan Trump adalah Presiden bagi sebuah negara yang sangat berkuasa di dunia dan pujian itu diungkapkan kepada Najib di depan ramai sambil memandang pemimpin ASEAN yang lain.

Bukan senang untuk mendapat pujian berkenaan dan ini adalah sesuatu yang hebat.

Bukan itu sahaja, ketegasan Najib yang membawakan suara etnik Rohingya yang dizalimi di Myanmar ke pentas antarabangsa telah mendapat perhatian ramai termasuk Trump.

Dalam lawatan Najib ke Rumah Putih ketika melawat Trump lalu, Perdana Menteri telah membawakan suara beliau mengenai penganiayaan yang dialami oleh etnik Rohingya dan kini, usaha Malaysia itu terus mendapat perhatian apabila Setiausaha Luar Amerika Syarikat, Rex W. Tillerson akan melawat Myanmar, esok.

Tillerson memberitahu Najib semasa Sidang Kemuncak ASEAN-Asia Timur di Manila, Filipina bahawa beliau akan ke negara itu untuk melihat situasi pelarian Rohingya dan melihat cara untuk mengatasi masalah kemanusiaan itu.

“Sejak kita memperjuangkan isu Rohingya ini, ramai negara lain bangkit sama untuk membincangkannya. Nampaknya Amerika juga memandang serius sejak saya membangkitkannya semasa bertemu Presiden Donald Trump di Washington,” kata Perdana Menteri.

Ternyata walaupun Malaysia sebuah negara kecil namun suaranya didengari di peringkat antarabangsa termasuk oleh kuasa besar dunia. Inilah yang menyebabkan pembangkang cemburu dengan kejayaan Najib dan kerajaan.

Di dalam negara, Najib diserang kiri kanan, atas bawah oleh pembangkang tetapi di luar negara, beliau diberikan penghormatan dan suaranya didengari. Inilah yang kita mahu, seorang pemimpin yang mampu membawa Malaysia ke persada antarabangsa.

Kepada pembangkang, teruskanlah berangan, teruskanlah menyerang kerana Najib tidak akan melayan serangan itu. Sebaliknya beliau mahu tumpukan kepada pentadbiran dan pembangunan ekonomi negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.