Netizen Bidas Mukhriz Mahu Saman Isu Gambar Anak Hidup Mewah Tersebar

KUALA LUMPUR – Isu gaya hidup mewah anak Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan cucu-cucu Tun Dr Mahathir Mohamad terus menjadi bualan hangat di media sosial dengan pelbagai komen bernada sinis dari netizen.

Terbaru, terkesan dengan tumpuan umum terhadap isu tersebut, Mukhriz yang juga Timbalan Presiden PPBM tampil memberi amaran akan menyaman pihak yang menyebarkan gambar peribadi anaknya.

“Ada disebut dalam kenyataan itu, konon kemewahan ditunjukkan dalam gambar berkenaan dari sumber yang dikatakan curi wang rakyat. Jika dilapor begitu, saya berhak pertimbang tindakan perundangan kerana itu fitnah serius.

“Kita siasat siapa pemilik Facebook itu, termasuk pihak berkaitan. Mereka guna gambar peribadi (keluarga) untuk beri gambaran negatif terhadap ahli politik dengan libatkan ahli keluarga, ia tak wajar berlaku,” katanya dipetik dari laporan Sinar Online.

Ekoran kenyataan berbaur ugutan itu, ramai netizen membidas Mukhriz kerana cepat melatah, sedangkan gambar yang dikatakan peribadi itu sebenarnya dimuatnaik sendiri oleh anaknya di aplikasi Instagram.

“Kalau peribadi sangat kenapa duk bubuh (muatnaik) dalam Instagram.. Zaman sekarang duk dalam rumah buh mangga besar penumbuk pun orang boleh stalker,” bidas Anna Suhana Sue di ruangan komen Facebook portal tersebut.

“Apa punya thur…anak ko mukhriz yg upload dalam media sosial dulu..netizen cuma viralkan jer…jemmm..bgtau anak ko offline fb ig twitter k,” komen Azmi Mohamed.

“Anak sendiri (yang) sebar (menerusi Instagram).. (Tapi nak) saman orang lain.. Kan itu b*b*l namanya,” kata Jaas Paan pula.

“Faham ke apa maksud peribadi? Peribadi ni bukankah bila kita simpan sesuatu perkara/benda pada diri kita dan Allah SWT sahaja yang tahu.

“Bila kita dah posting ke instagram, dah tak panggil peribadi dah, itu panggil sengaja nak publish and menunjuk kemewahan hidup. Tapi sama je anak-anak menteri fasola kat Malaysia ni, semua bermewah-mewah,” ulas Faizol Al-Haq Mamat.

Beberapa koleksi gambar dari Instagram cucu Dr Mahathir yang viral di media sosial dan turut mendapat liputan akhbar tempatan

Tinjauan SuaraTV di ruangan komen yang sama juga mendapati banyak komen sinis lain antaranya;-

“2×5 jer ….sebelum ini korek sangat hal Najib. Kena tanah dia nak melompat lak aduhaii.” – Chinta HatiLeez

“Kalau tak tahan daulat tak payah masuk politik ! Buat bendang padi aje !” – Razak Zack ·

“Bapak ko dok tuduh Datuk Seri Najib macam macam dan ko pulak dok sokong, ha la ni kena kat ko, ko rasa malu plak.” – Mesti Dan

“Bapa Mukris pun selalu kata Najib mencuri…tak ada juga bukti diberi. Gambar2 cucu Mahathir viral tunjukkan kemewahannya bukan org lain yang korek…memang cucunya sendiri tunjukkan kemewahannya dalam (instagram dan) tweeternya.” – Rusli Omar

“Pandai lak nak ambil tindakkan undang², yg ko ngan Tun M berucap atas pentas tu mengatakan Ds Najib pencuri, perompak, penyamun tu apahal! Bila kena kat muka kau baru ko terkial² nak menutup aib ko, tak guna punya org! Kerja nak fitnah Ds najib je.” – Mohd Hanafi Mohd Zin

Dalam pada itu, terdapat juga komen netizen yang menyentuh isu panas memlibatkan gambar seorang lagi cucu Dr Mahathir, Othman Mirzan (anak saudara Mukhriz) yang tidur bersama dua ekor anjing yang dimuat naik di instagram miliknya.

Beberapa koleksi gambar dari Instagram Othman Mirzan yang sering menjadi perhatian netizen

“Anak siapa tu tidur dengan anjing, bukan seekor (tapi) 2 ekor lagi tu.. Atok dia ajar kot.. atau bapak dia lupa anak dia tu agama Islam..itupun ada lagi lembu nak sokong..,” ulas Mohamad Jusup.

“Yang anak (saudara) tu gi tidur ngan anjing tu kenapa, lepas tu Islam bela kucing kenapa bela anjing, takkan tak kenal anjing dengan kucing tak gi sekolah (ke)? Datuk bekas PM… bapak (saudara) bekas MB. Tak kenal anjing dengan kucing (ke?),” kata Anuar Ali.

“Dah lambat nak bertindak… Gambar dah tersebar… Yg tidur dengan anjing la… Yang ada kapal mewah la… Semua orang dah tengok…. Bagi alasan pun tak guna,” komen Zulkeefly Abd Aziz pula. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.