Dianiaya Dan Diseksa Suami, Wanita Ini Malah Dimasukkan Ke Penjara

Seorang wanita sering diseksa dan didera oleh suaminya sendiri, tetapi wanita tersebut malah dihumban ke penjara. Wanita Filipina ini mempunyai suami Pegawai Polis, jadi dia tidak berani untuk melawannya.

Meskipun tindakan suaminya sudah melampaui batas, namun isterinya itu tidak mempunyai kuasa untuk melawannya. Apabila wanita itu melawan ,  suaminya  sebaliknya menggunakan kuasanya untuk memenjarakannya.

Disiarkan dari Viral4real, wanita itu pertama kali bertemu dengan polis tersebut ketika dia bekerja sebagai jururawat. Lelaki itu mengancamnya supaya wanita itu memberinya nombor telefonnya dan mahu untuk dating dengannya.

Selama empat tahun bernikah, suaminya itu kerap menyiksanya. Bahkan lelaki kejam itu mengancam keluarganya setiap kali isterinya itu mencuba melawannya.

Wanita itu kemudian meninggalkan suaminya dan melaporkannya ke sebuah acara reality show yang dikendalikan oleh Raffy Tulfo.

Di Filipina,Tulfo Brothers merupakan program reality yang membongkar  perbuatan keji para penjahat dan orang-orang yang tiada perasaan.

Wanita tersebut pernah mengajukan laporan kekerasan yang dilakukan suaminya. Namun dia malah dipenjarakan, setelah suaminya menggunakan kekuasaannya dan memutar balikkan keadaan.

Lelaki itu sengaja menuliskan alamat yang salah, untuk memastikan kes itu tidak sampai kepada isterinya.

Gara-gara isterinya tidak muncul ketika dipanggil, petugas polis itu malah membuat surat perintah penangkapan terhadap wanita itu.

Dia membuat isterinya itu dipenjara selama tiga hari.

Wanita yang takut pada suaminya itu meminta bantuan (Tulfo) agar supaya mendapatkan pembelaan terhadapnya.

Tulfo kemudian secara peribadi meminta bantuan Jeneral Oscar Albayalde, untuk memastikan wanita tersebut mendapatkan perlindungan  yang diperlukan.

Polis yang juga suaminya  itu akhirnya digantung pekerjaan dan sedang menghadapi tuduhan atas gangguan dan penyeksaan yang dilakukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.