Bayi Baru Lahir Hidup Di Sisi Mayat Ibu

KOTA KINABALU ― Seorang bayi lelaki, yang masih hidup, ditemui di sisi ibunya yang meninggal dunia selepas melahirkannya semalam.

Kejadian itu disedari teman lelaki wanita itu di sebuah hotel di Jalan Pantai, di sini, yang dihuni wanita 24 tahun itu sejak Isnin, lapor Kosmo.

Kekasih perempuan itu menyelinap masuk ke hotel itu melalui tingkap pada 6.30 pagi selepas gadis itu tidak membuka pintu.

“Wanita itu menginap seorang diri di hotel tersebut sejak Isnin lalu,” kata ketua polis daerah Kota Kinabalu ACP M Chandra.

“Bilik berkenaan didaftar atas nama teman lelakinya,” katanya. Wanita itu tidak cedera dan bayi itu hidup di sisi ibunya.

Mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk bedah siasat, manakala bayi itu dihantar ke Hospital Likas untuk rawatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.