Video: Jamal Minta Maaf Sebab ‘Selak’ Kain Zuraida

AMPANG – Ketua Gerakan Merah V2, Datuk Seri Jamal Md Yunos  hari ini memerli Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dengan mengumumkan permohonan maaf kerana ‘menyelak’ kain beliau

 

Insiden ini berlaku selepas Zuraida memberikan  tempoh 48 jam kepada beliau untuk menyatakan permohonan maaf kepadanya.

 

“Dengan ini saya mohon maaf kepada YB Zuraidah kerana terpaksa menyelak kain beliau untuk melihat mungkin ada kudis-kudis di kaki beliau.

 

“Supaya kudis-kudis dan kurap di kaki beliau  tidak berjangkit dengan rakyat Ampang dan rakayat negeri Selangor,” Katanya.

 

Sebelum itu, Jamal mendakwa Zuraidah menghantar ‘budak’budak’ untuk memukul beliau dalam satu muatnaik video dimana beliau dipukul sehingga menghadapi kecederaan di hidungnya.

 

Selain permohonan maaf, Zuraidah juga mengesa menuntut sejumlah wang kerana reputasi beliau yang telah tercemar.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.