Wakil Rakyat BN Digantung Kerana ‘Doktor Rasis’

Georgetown – Seorang wakil rakyat Barisan Nasional digantung sehari daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang berhubung kenyataan ‘doktor rasis’ yang dibuat tahun lepas.

Datuk Roslan Saidin (BN – Pinang Tunggal), yang telah dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Disember lepas, akan digantung selama sehari daripada menduduki sidang DUN tahun depan kerana enggan memohon maaf selepas membuat kenyataan itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (DAP – Air Putih) mengusulkan perkara itu pada Jumaat, dengan mengatakan bahawa Roslan melanggar subperaturan 46 (xiii) (c) dan (d) dengan menggunakan kata-kata menyakitkan hati dan menyentuh mengenai privasi seseorang individu yang menyebabkan persepsi negatif terhadap profesion dan etika perubatan.

Pada 3 Julai tahun lepas, Roslan, di sidang DUN mendakwa bahawa tiga doktor di dua hospital awam enggan merawat pesakit daripada kaum yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.