Video: Naib Canselor UMK Perlu Jujur Tangani Isu Plagiat – Prof Ibrahim Abu Shah

Johor Bahru – Mantan Naib Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Dato Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah menegaskan, bidang akademik amat memandang serius dakwaan plagiat yang dikaitkan dengan mana-mana ahli akademik kerana ia merupakan satu perkara yang serius.

Menurutnya yang ditemui pemberita sejurus selepas majlis perasmian Konvensyen UMNO Johor 2014 petang tadi, mereka yang bertanggungjawab perlu meneliti isu ini secara terperinci.

“Isu plagiat (saya) kena tegaskan, tuduhan tersebut perlu diperiksa dan diteliti terlebih dahulu (kerana) hanya orang (mereka yang terlibat) sahaja tahu sama ada (berlaku) atau tidak aktiviti plagiat itu.

“Sekiranya betul (dakwaan) tersebut, di dalam dunia akademi ia merupakan jenayah (dan) merupakan satu dosa yang amat besar yang kita (ahli akademik) tidak boleh ampunkan.

“Sebelum ambil tindakan, orang yang bertanggungjawab perlu teliti terlebih dahulu (dakwaan tersebut) secara terperinci sama ada berlaku plagiat yang dikaitkan dengan pensyarah tersebut.” katanya ketika diminta mengulas isu ‘tesis ciplak’ yang dikaitkan dengan Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) UMK, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah.

Ibrahim secara tegas turut menyeru agar semua naib-naib canselor di universiti untuk jujur dan ikhlas dalam menjalankan tugas serta memandang serius perkara yang berkaitan dengan isu plagiat.

“Kalau perkara ini betul, naib canselor tersebut mesti mengambil tindakan segera, jangan (disebabkan) kerana (bila) tahu mengenai perkara tersebut kita (naib canselor) cuba senyapkan perkara tersebut (hanya kerana ingin) menjaga nama baik universiti.

“Jangan kerana pensyarah tersebut kawan atau kroni kita, (naib canselor) cuba menutup perkara itu dari pengetahuan umum. Ini tidak boleh, mana-mana perkara yang bercanggah dan salah mesti diambil tindakan (dan) jangan disorok atau dibiarkan” tegasnya lagi.

Menurut Ibrahim seorang naib canselor yang baik selain menjaga etika dan intergriti mereka juga perlu memastikan dunia akademi dan universiti tetap dipertahankan sebagai sebuah institusi yang boleh dibanggakan.

“Sekiranya berlaku perkara seperti ini (dan) universiti mengambil pendekatan biar (tanpa mengambil apa-apa tindakan), ia hanya memberi nama yang busuk bahkan naib canselor terbabit boleh disifatkan tidak menjalankan tugas dengan baik serta merupakan satu petanda yang buruk pada institusi pendidikan tinggi negara.

“Mengikut pengalaman saya sendiri, apabila mana-mana pensyarah membentangkan kertas kerja sepatutnya ada badan penapisan untuk menilai dan pastikan kertas kerja tersebut mengikut peraturan.

“Apabila berlaku perkara seperti ini pihak universiti sepatutnya melakukan siasatan dengan serius, perlu ada (satu) jawatankuasa khas untuk meneliti dan memeriksa semula (kertas kerja) agar ia mengikut peraturan dan tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diinggini seperti plagiat” ujar beliau tanpa merujuk kepada mana-mana individu.

Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Datuk Dr. Raduan Bin Hj. Che Ros sebelum ini berkata, pihaknya telah memaklumkan dan menyerahkan semua laporan berhubung kes ini kepada Universiti Vienna, Austria yang memberikan akreditasi terhadap penulisan tesis kedoktoran Abu Hassan yang bertajuk ‘Film As Lens Of Cultural Identity: A Critical Analysis On Malaysia Film’.

Namun menurut Raduan, isu ini hanya boleh diputuskan oleh universiti yang terlibat dan pihaknya tidak mempunyai sebarang bidang kuasa untuk mempertikai atau menarik kembali ijazah kedoktoran yang telah dikeluarkan oleh mana-mana universiti yang diiktiraf.

Ibrahim turut melahirkan rasa kecewa dengan Majlis Profesor Negara dan mengharapkan badan itu memainkan peranan yang proaktif dalam isu ini bagi memastikan kualiti dan kegiatan akademik negara terus terpelihara.

“Sudah pasti mereka harus buka mata dan mengambil tanggungjawab ini sebagai peranan untuk pastikan intergriti akademik ini dapat dipertahankan

“Mereka harus proaktif bukan sahaja dalam bidang-bidang tertentu termasuk mengambil langkah kehadapan untuk membanteras kegiatan seumpama ini di (semua) universiti” katanya lagi.

 

Baca: Tesis Ciplak : Universiti Vienna Nafi Kenyataan Idris Jusuh

Baca: Siapa Kamu Untuk Persoal ‘Tesis Ciplak’ – Idris Jusoh

Baca: Tesis Ciplak: Universiti Viena Umum Hasil Siasatan 16 November Ini – UMK

Baca: Tesis Ciplak: Kakitangan Akademik Berstatus Profesor Turut Bantu Dedahkan Bukti Plagiat Abu Hassan

Baca: Tesis Ciplak: Abu Hassan Kecewa Dituduh Lakukan Plagiat

Baca: Kakitangan Akademik UMK Dedah Bukti, ‘Tesis Ciplak’ Prof Abu Hassan?

Baca: VC UMK Cuba Tutup Mata, Isu ‘Ciplak Karya’ Prof Abu Hassan?

Baca: UMK Nafi Prof Abu Hassan Terbabit ‘Ciplak Karya’ Orang

Baca: Ciplak Karya: Pensyarah UMK Mengaku Buat Laporan Polis Terhadap Prof Abu Hassan

Baca: Sumber Dalaman UMK Dakwa Profesor Plagiat Mohon Letak Jawatan

Baca: Gara-Gara Laporan Profesor Dituduh Plagiat, UMK Tutup Akses Website?

Baca: Ahli Majlis Profesor Negara, Profesor UMK Dituduh Ciplak Untuk Tesis Phd?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.