Pulau Pangkor – Sebuah feri penumpang yang berlabuh di sebuah pelantar, berhampiran jeti Pulau Pangkor terbakar, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.46 petang itu, feri berkenaan dipercayai terbakar, akibat litar pintas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Yahaya Madis berkata, ketika anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Pangkor tiba di tempat kejadian, api sedang marak, namun ia dapat dikawal beberapa minit kemudian.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kami masih menyiasat punca (sebenar) serta nilai kerugian akibat kejadian itu,” katanya.