Fadilah Mansor Disunting A Rahman Hassan, Nikah Hujung Tahun

Petaling Jaya – Penyanyi veteran tahun 60-an, Datuk A Rahman Hassan dan pelakon, Fadilah Mansor dikatakan bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada hujung tahun ini.

Difahamkan, pasangan itu mula berkenalan, ketika bertemu di sebuah majlis penganugerahan, beberapa bulan lalu.

Fadilah, 54 tahun, seorang ibu tunggal, selepas bercerai dengan bekas suaminya yang juga pengarah filem veteran, Ahmad Ibrahim atau Mat London.

Pelakon yang popular dengan drama ‘Adam dan Hawa’ itu telah berlakon lebih 200 drama yang kebanyakannya membawa watak ibu, dan kadangkala diberi peranan sebagai kakak.

Dia bagaimanapun enggan mengulas perkara itu, bagi menghormati permintaan bakal suaminya.

“Tiada apa yang mahu dikongsi, kalau dah berumur ini, sekiranya dicanang sangat, nanti dikatakan keterlaluan.

“Saya hanya ikut perancangan abang (A Rahman). Dia tidak mahu bising-bising dan akan berkongsi (cerita) bila sudah bersedia nanti,” katanya yang terbuka hati menerima lamaran penyanyi pop yeh-yeh itu, kerana sikap rendah hati dan penyayangnya.

Sementara itu, Rahman, 67 tahun, meminta berita perkahwinannya itu tidak digembar-gemburkan sehingga pihaknya sendiri membuka mulut untuk berkongsi cerita.

Rahman adalah seorang bapa tunggal kepada tiga anak, termasuk pelakon dan pengarah, Khir Rahman.

Isterinya, Datin Azizah Mohamad meninggal dunia pada 26 April tahun lalu, akibat kanser.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.