5 Cedera Selepas Keganasan Tercetus Susulan Misteri Kehilangan 43 Pelajar

Guerrero – Keganasan tercetus, susulan misteri kehilangan 43 pelajar yang belum terungkai di Chilpancingo, barat Mexico.

Insiden itu mengakibatkan sekurang-kurangnya lima penduduk cedera.

Ratusan penunjuk perasaan yang kebanyakannya memakai topeng, berkumpul di tengah bandar, bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap cara kerajaan menangani kes terbabit.

Beberapa kenderaan awam turut dibakar.

Penunjuk perasaan juga bertindak merempuh dan membakar perabot dalam bangunan Parlimen Guerrero.

Pihak berkuasa percaya, kesemua pelajar yang hilang itu telah dibunuh.

Mayat mangsa dipercayai dibakar, sebelum dibuang ke pusat pelupusan sampah daerah, manakala sebahagian lagi dibuang ke dalam sungai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.