Presiden Kyrgyzstan Enggan Letak Jawatan

- Advertisement -

BISHKEK, KYRGYZSTAN: Presiden Kyrgyzstan, Sooronbay Jeenbekov, menegaskan hanya meletakkan jawatan selepas meneliti pilihan raya parlimen.

Kenyataan dari pejabat Presiden itu menyusul selepas perdebatan dengan Perdana Menteri baharu, Sadry Japarov yang mendesak beliau mengundurkan diri secepat mungkin.

Japarov disahkan sebagai ketua kerajaan semalam, ketika negara itu mencari penyelesaian daripada krisis 10 hari berikutan pilihan raya dibatalkan.

Jeenbekov berdepan cabaran berat selama tiga tahun memegang jawatan Presiden selepas tercetus keganasan selepas pilihan raya parlimen yang dipertikaikan keputusannya sehingga ia kemudian dibatalkan.

Setiausaha akhbar Jeenbekov, Tolgonay Stamaliyeva, berkata Japarov yang pernah dipenjarakan atas sabitan menculik sebelum dibebaskan ketika huru-hara minggu lalu itu, menuntut pengunduran Presiden, petang ini.

Bagaimanapun, Stamaliyeva berkata, Presiden hanya akan meletak jawatan selepas pilihan raya baharu diadakan, selain Jeenbekov ‘menegaskan beliau kini tiada hak melepaskan jawatan kerana ia akan merugikan negara’.

“Presiden turut mengulangi pendiriannya akan meletak jawatan selepas negara kembali menjunjung kedaulatan undang-undang, selepas pilihan raya parlimen dan pengumuman pemilihan presiden,” kata Stamaliyeva. – AFP

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat