Video: Pekerja FoodPanda Didakwa Ragut dan Seret Wanita Tua

KUALA LUMPUR – Satu rakaman video CCTV memaparkan kejadian ragut yang dipercayai berlaku sekitar Dataran Merdeka tular di media sosial sejak beberapa hari lepas.

Dalam rakaman itu penunggang motosikal yang didakwa berpakaian seperti penghantar makanan FoodPanda dilihat meragut dan menyeret seorang wanita tua sejauh hampir 100 meter.

Video berdurasi 20 saat itu dimuat naik pengguna Twitter Izz@izskyline Jumaat lalu, sehari selepas kejadian dan viral di laman Twitter serta Facebook.

“Budak FoodPanda mana yang buat kerja ragut makcik tua ni? @foodpanda_my,” kata Izz@izskyline.

Video di laman Twitter itu sehingga kini ditonton lebih 42,000 kali, manakala di laman Facebook meraih lebih 330,000 tontonan.

Tinjauan di kedua-dua laman sosial itu meyaksikan kebanyakan netizen memberi komen sinis dan marah dengan kejadian tersebut.

“Peragut ni wajib kena rejam. Sebab kau badan sihat, transport ada tapi kau pemalas nak cari kerja. So kalau dapat peragut ni, baling je batu kat muka dia,” kata Nur Atiqa.

“Aku ingatkan lembu je yang pandai meragut, panda pun dah pandai juga. Bijak, bijak,” kata Zamani Haji Musa secara sinis.

“Gara-gara satu orang, buruk nama Syarikat FoodPanda, kesian sama orang yang betul betul kerja keras cari rezeki dalam syarikat ini,” kata Rahman Bakar pula. – SuaraTV

Lain-lain berita;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.