Penasihat PKR Mungkin Cemburu Dr Mahathir Dapat Sambutan Rakyat – Azmin

KUALA LUMPUR – “Tidak ada sebab untuk saya tinggalkan parti (PKR) melainkan ada yang cemburu nak tendang saya keluar daripada parti,” kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Mohamad Azmin Ali.

Mohamad Azmin yang juga Menteri hal Ehwal Ekonomi berkata, dakwaan dilontarkan Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Dr Syed Husin Syed Ali terhadapnya kononnya beliau bakal menubuhkan parti ekoran pergeseran dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya tidak berasas.

Menurutnya, keberadaan Syed Husin dalam arena politik tidak langsung memberikan apa-apa kesan kepada negara.

“Ini pandangan Syed Husin, dia sudah berpuluh tahun dalam politik, tidak ada kesan pun.

“Mungkin dia cemburu dengan kejayaan Tun Dr Mahathir yang mendapat sambutan gemuruh daripada rakyat Malaysia,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Mohamad Azmin menegaskan, tiada sebab beliau meninggalkan parti itu kerana kedudukan beliau ditentukan oleh ahli-ahli parti.

Berita berkaitan; Penasihat PKR Dakwa Azmin Rancang Tubuh Parti Baru, Tak Jadi Sertai PPBM

Menurutnya, beliau dipilih dan dibentuk mandat besar dalam PKR dengan seluruh pasukan PKR berada di pihaknya mendapat undi dua pertiga dalam pemilihan parti.

“Saya komited kepada parti dan akan tetap dalam parti dan bina parti dan sokong kepimpinan dan juga ahli,” katanya.

Lain-lain berita;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.