Mayat Lelaki Bertatu Diikat Batu Tersangkut Pada Pukat

SIBU – Mayat seorang lelaki bertatu di kedua belah bahunya ditemukan diikat dengan batu bata di sebuah jeti persendirian di Sungai Rajang, dekat Jalan Lanang, pada Isnin.

Mayat itu ditemukan tersangkut pada pukat yang dipasang berdekatan sebuah bunker minyak oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut pada jam 6 petang.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit, ketika dihubungi berkata, mayat tersebut yang belum dikenal pasti identitinya hanya memakai seluar panjang.

“Kita sedang cuba mengenal pasti identiti mayat itu. Sejak kebelakangan ini tiada sebarang laporan kehilangan orang diterima,” katanya.

Mayat tersebut berjaya dinaikkan oleh pihak Bomba dan Penyelamat pada jam 8.15 malam tadi dalam keadaan cuaca hujan lebat.

Menurut Stanley, enam batu bata masing-masing diikat pada leher dan bahagian pinggang mangsa.

Mayat itu kemudian dibawa ke Hospital Sibu untuk bedah siasat.

Lain-lain berita;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.