Anggota Utama LTTE Diberkas, Polis Sri Lanka Temu Bom dan Senjata Api

KILINOCHCHI – Polis menemukan sejumlah besar alat letupan bersama senjata api di rumah anggota utama Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Ambalamkulam, Sri Lanka ketika serbuan pada Jumaat lalu.

Joseph Peter Robinson, 36, ditahan tentera berhampiran jambatan Kiliweddi sebelum diserahkan kepada polis Kilinochchi untuk siasatan lanjut pada hari sama.

Ketika serbuan itu polis menemukan lima bom tangan, alat letupan C4, 62 peluru 9mm, senapang semiautomatik jarak jauh, pisau, 62 pelbagai jenis peledak dan magazin.

>>LTTE Culik Wanita dan Kanak-Kanak, Dipaksa Jadi Askar & Pengebom Berani Mati – Pakar <<

Selain senjata, polis turut menjumpai kamera, teropong, tujuh komputer riba dan kemeja T memaparkan gambar pengasas LTTE, Velupillai Prabhakaran.

Difahamkan, isteri suspek berumur 28 tahun dan saudara perempuannya juga diberkas pihak berkuasa. – Agensi

Lain-lain berita;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!