Tiga Kali Tolak ‘Datuk Seri’ Kerana Masa Itu Rakyat Marhaen – Mohd Redzuan

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof mendedahkan pernah menolak gelaran ‘Datuk Seri’ daripada Yang di-Pertua Melaka kerana menganggap dirinya sebelum ini rakyat marhaen.

Mengulas mengenai timbulnya pertikaian terhadap isu penganugerahan darjah kebesaran pada minggu lalu, Mohd Redzuan yakin gelaran itu diterimanya atas faktor yang munasabah.

“Dulu tiga tahun berturut-turut nak bagi saya tapi saya kata belum masanya lagi, sekali ni dia nak beri saya terimalah.

“Saya rakyat marhaen (sebab sebelum ini tak terima),” katanya.

Pada Sabtu yang lalu, Yang di-Pertua Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob menganugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ bersempena sambutan ulang tahun ke-80 nya.

Mohd Redzuan selain memegang portfolio Pembangunan Keusahawanan merupakan Ahli Pimpinan Tertinggi (MPT) dan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Melaka.

Antara yang menerima gelaran itu selain Mohd Redzuan ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Menteri Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.