Selepas Kasut Hitam, Kini Warna Stokin Pelajar Jadi Fokus Kementerian Pendidikan

KUALA LUMPUR – Isu mengenai warna stokin akan diputuskan Kementerian Pendidikan selepas perbincangan dengan pihak berkepentingan selesai.

Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, perbincangan itu bagi memastikan solusi terbaik untuk murid dan pelajar terlibat dapat dicapai.

“Kita sedia maklum mengenai perkara ini dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas perbincangan dengan pihak berkepentingan selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melakukan lawatan ke Jabatan Perubatan Kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini hari ini.

Semalam, Naib Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera, Datuk Ameer Ali Mydin mahu kementerian memberi penjelasan sama ada warna stokin putih oleh murid dan pelajar sekolah terlibat akan turut ditukar kepada warna hitam selaras dengan penguatkuasaan pemakaian kasut hitam nanti. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.