Relevankah Wan Azizah Sebagai TPM Setelah Anwar Kembali Ke Parlimen?

ALOR SETAR – Sekembalinya bakal Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen hari ini menimbulkan persoalan sama ada isteri beliau, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail masih kekal relevan untuk memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Ketua Penerangan UMNO Negeri, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, sebelum ini kebiasaannya jawatan tersebut dipegang oleh pemimpin paling senior dalam parti yang membentuk kerajaan.

“Dalam tempoh tidak berapa lama lagi, Wan Azizah tidak akan memegang jawatan utama dalam PKR. Melainkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) tidak kisah tentang kedudukannya dalam parti, sewajarnya beliau mengosongkan kerusi Timbalan Perdana Menteri dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Lagi pun Wan Azizah dilihat tidak berperanan sebagai orang nombor dua yang cekap dan berada di situ tanpa menunjukkan prestasi cemerlang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, sejak mengambilalih kerajaan, PH dilihat masih lagi dibelenggu permainan politik sehingga memberi kesan terhadap pentadbiran kerajaan.

“Negara masih terumbang-ambing dengan prestasi ekonomi menunjukkan prospek tidak baik. Liputan media antarabangsa mengenai Malaysia juga berkisar mengenai masalah politik dan beberapa perkara lain berbanding pencapaian negara.

“Impaknya menjejaskan keseluruhan rakyat. Begitu pun diharapkan dengan kembalinya Anwar ke Parlimen seterusnya menjadi Perdana Menteri kelapan pencapaian negara akan dikembalikan ke landasan sebenar,” katanya. – UTUSAN ONLINE

One thought on “Relevankah Wan Azizah Sebagai TPM Setelah Anwar Kembali Ke Parlimen?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.