PPIM Saran Kerajaan Turut Haramkan Vape Di Premis Makanan

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyarankan agar kerajaan turut mengeluarkan larangan terhadap vape di semua restoran dan premis makanan.

Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, ini kerana katanya larangan merokok yang akan bermula Januari tahun depan dianggap tidak menyeluruh kerana tidak membabitkan aktiviti menghisap vape.

Tambah Nadzim, walaupun menghisap vape tanpa nikotin, ia tetap dianggap sebagai perbuatan yang mengganggu keselesaan orang sekeliling kerana peranti rokok elektronik itu juga mengeluarkan asap tebal.

“Tiada siapa tahu sama ada kandungan vape itu mempunyai nikotin atau tidak dan tiada siapa pun akan memeriksa, namun untuk menjadikan peraturan larangan merokok itu berjaya, penguatkuasaan larangan vape juga perlu dilaksanakan.

“Arahan dan penguatkuasaan dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) haruslah jelas dan menyeluruh supaya ramai yang bimbang akan disaman,”katanya dipetik Berita Harian.

Kerajaan sebelum ini mengeluarkan larangan merokok meliputi semua restoran berhawa dingin dan tidak berhawa dingin, kedai kopi, pusat penjaja terbuka dan gerai jalanan.

Mereka yang melanggar undang-undang boleh didenda sebanyak RM10,000 atau dipenjarakan sehingga dua tahun, manakala restoran yang didapati tidak menguatkuasakan larangan itu akan dikenakan denda RM2,500.

Menyentuh perihal vape, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye sebelum ini dilaporkan berkata larangan merokok tidak diperluaskan kepada penghisap vape berikutan tiada undang-undang berkaitan kecuali jika vape itu mengandungi nikotin. -SuaraTv 

One thought on “PPIM Saran Kerajaan Turut Haramkan Vape Di Premis Makanan

  • October 20, 2018 at 9:37 pm
    Permalink

    Di jb vape shisa berleluasa hisap dikedai makan ..budak sekolah pun pandai hisap vape
    ..basikal lajak sepah2.. takda kawalan..!! Emak bapa pun tak ambil tahu??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.