PAS Anjur Demo Jika ‘Oktoberfest’ Cetus Huru-Hara

KUALA LUMPUR – PAS tidak akan teragak-agak untuk menganjurkan demonstrasi bagi membantah pesta arak atau “Oktorberfest 2018″ sekiranya ia menimbulkan ketegangan dan menceroboh kepentingan masyarakat awam, kata Setiausaha Agung parti itu Datuk Takiyudin Hassan.

Tambahnya, Oktoberfest tidak sepatutnya menjadi program umum yang diadakan setiap tahun kerana ia melibatkan sensitiviti agama, budaya dan pandangan kelompok masyarakat yang berbeza.

“Kalau sekiranya pesta seumpama ini dibuat dalam kelompok terkawal, tidak melibatkan orang lain, saya kira ia boleh dibincangkan.

“Contohnya larangan merokok, ia diletakkan di tempat khusus, arak pun sepatutnya begitu.

“Kalau program itu boleh timbulkan rasa kurang menyenangkan dan boleh pula menimbulkan ketegangan dalam masyarakat, maka sewajarnyalah ia dibantah.

“Mungkin kalau sampai peringkat perlukan demostrasi, kita akan berdemonstrasi,” katanya.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad sebelum ini berkata, pesta arak “Oktorberfest 2018″ boleh dianjurkan jika pihak penganjur membuat permohonan mendapatkan permit dan mematuhi kesemua garis panduan yang ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.