Najib Sindir Menteri Pendidikan, Kaji Warna Stokin Murid Sekolah

KUALA LUMPUR – Cadangan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik untuk menukar pemakaian kasut hitam nampaknya mendapat perhatian  Datuk Seri Najib Razak. 

Bekas Perdana Menteri itu, secara sinis berkata idea Mazlee untuk menukar pemakaian kasut dan stokin pelajar membuktikan menteri pendidikan itu ‘berfikiran jauh’.

“Menteri Pendidikan kita berpandangan jauh. Saya tidak faham mengapa ada yang mengkritik dia,” katanya menerusi laman Facebook beliau hari ini. 

Najib meneruskan sindirannya yang menganggap bahawa peranan warna kasut begitu besar sehingga mencorak pembentukan pelajaran.

Katanya lagi, menteri-menteri yang memegang portfolio itu sepatutnya mengambil langkah yang sama seperti Maszlee. 

“Warna kasut dan stokin sebenarnya penting dalam perkembangan dan pembentukan pelajar yang sempurna.

“Sayang sekali Menteri-menteri BN dulu tidak buat kajian sedemikian.

“Seterusnya, diharapkan Menteri akan kaji warna baju, warna bangunan sekolah juga,” ujarnya lagi. 

Melihat bahawa pemakaian kasut begitu penting Najib menggesa agar kajian terhadap warna baju dan bangunan juga dibuat pada masa akan datang.

Sementara itu, tinjauan SuaraTV di ruangan komen laman Facebook Najib mendapati rata-rata netizen menyukai kenyataan sinis bekas Perdana Menteri itu.

“Pasni warna buku silap2 warna tulisan dalam buku test plk kna tukar..hahahahaha,” komen Izzuddin Abdullah.

“Baik punya troll dato seri…mereka bodoh tentang pentadbiran…salam 1 penggal buat mereka…saya nyesal undi PH,” kata Axril Azreen.

“Cadar katil asrama dgn slimot jgn lupe.. tukar itam skali sng.. x yah basoh sbb x npk kotor,” kata Noor Firdaus.

“Katon je la idea menteri2 skang ni..tp mungkin jugak kot2 mutu pendidikan bertambah baik jika warna stokin dan baju sekolah ditukar nnt..tggu dan lihat je la,” ujar Fikri Romano pula secara sinis.

Sehingga berita ini ditulis, status Najib yang dimuat naik kira-kira sejam lalu itu telah dikongsi oleh lebih 3,600 netizen serta mendapat lebih 17 ribu tanda emoticon ketawa dan like. Lebih 4,200 netizen turut menulis komen di status tersebut.

Kementerian Pendidikan terdahulu berkata pemakaian kasut hitam di semua sekolah akan dilaksanakan pada 2021.

Pada mulanya isu kasut hitam ini menjadi kontreversi yang antaranya memberikan persepsi positif juga negatif.-SuaraTv

12 thoughts on “Najib Sindir Menteri Pendidikan, Kaji Warna Stokin Murid Sekolah

  • October 15, 2018 at 8:45 pm
    Permalink

    Kau ni tak insaf2 ke? Tk sedar diri!! Meluat muak benci menyampah..tngk muka semak ni?? Tunggu jer hukuman yg akan di terima!! Jgn lak lari ya??
    Saja cari ceta nk alih perhatian..usah main wayang lah ngok!! Bila jatuh hukum ???

    Reply
  • October 15, 2018 at 8:47 pm
    Permalink

    Korup kurap kudis rosak.. rasuah.. tu la yg tau pun? Apa keje tk buat?? Tipu ikrar aku janji pd semua kau tipu???????????

    Reply
  • October 15, 2018 at 8:48 pm
    Permalink

    Pembohong penipu perompak penyamun.. kotor rasuah

    Reply
  • October 15, 2018 at 8:49 pm
    Permalink

    Kurap korup samun…
    Curi..

    Reply
  • October 15, 2018 at 8:50 pm
    Permalink

    Tunggu lah hukuman menunggu…. tk sabar2 nk tahu apa ceta nya…!!!

    Reply
  • October 15, 2018 at 8:52 pm
    Permalink

    Kuasa allah swt tk dpt lawan punya??? Tepis lah..sorok lah nafi lah..tak mengaku lah…. tk dpt tipu…????????????????

    Reply
  • October 15, 2018 at 8:54 pm
    Permalink

    Kes bila selesai?? Byk cakap!! Nk komen sgt?? Kemaruk ke?? Sedar diri lah..!!! Insaf lah sebelum terlambat???

    Reply
  • October 15, 2018 at 8:55 pm
    Permalink

    Makin lari pengundi pd parti korup??? Tahniah anwar ph pkr menang!!!!! Syabas..!

    Reply
  • October 15, 2018 at 8:56 pm
    Permalink

    Tun m… ph terbaik bagus amanah….!!

    Reply
  • October 15, 2018 at 8:58 pm
    Permalink

    Kes felda. 1mdb.. nfc lembu .. jutaan ringgit rampasan..altantuya..mh370..
    mh17…scorpene.. wuh byk lorrrr?,,;

    Reply
  • October 15, 2018 at 8:59 pm
    Permalink

    Korup rasuah curi..rompak

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.