Najib Bersemangat Ke Parlimen, Mahu Bawa Suara Rakyat Yang Diabai Kerajaan PH

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak bersemangat untuk menghadiri sidang parlimen yang baru memulakan Mesyuarat Kedua bagi penggal pertama, hari ini. 

Menerusi catatan di Facebook, Najib berkata beliau mahu membawa suara rakyat agar didengari kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dilihat tidak mengambil berat soal kebajikan mereka.

“Hari ini bermula sidang Parlimen Mesyuarat Kedua.

“Saya bawa suara rakyat supaya didengari Kerajaan hari ini yang langsung tidak membela kebajikan rakyat dan hanya memikirkan diri mereka yang kini selesa sahaja.

“Doakan segala urusan dipermudahkan,” tulisnya.

Najib sebelum ini lantang mengkritik beberapa langkah kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad itu, antaranya berkaitan janji pemansuhan tol sebagaimana yang dijanjikan PH sebelum pilihan raya lalu.

Mantan Perdana Menteri itu mendedahkan ‘tembelang’ PH yang berlindung di sebalik keadaan kewangan negara sebagai alasan untuk tidak menunaikan janji tersebut.

Ujarnya, adalah sangat lucu apabila PH sewaktu sebelum pilihan raya umum lalu gigih mencanang khabar kononnya negara akan bankrap, namun dalam masa yang sama berjanji untuk menghapuskan tol dan menurunkan harga minyak. -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.