Meghan Markle Sah Hamil, Bakal Lahirkan Bayi Pada Musim Bunga

LONDON – Pasangan Duke dan Duchess of Sussex, Putera Harry dan Meghan Markle dilaporkan bakal menimang cahaya mata pertama.

Menurut kenyataan rasmi itu yang  dikongsikan dalam laman Twitter Istana Kensington, awal hari ini, Meghan dijangka melahirkan anak sulungnya pada musim bunga tahun depan (2019).

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak memaklumkan usia kandungan Meghan pada ketika ini, namun laporan media tempatan di United Kingdom meramalkan kandungan Meghan sudah melepasi minggu ke-12.

Pasangan Diraja itu berkahwin di Gereja St George di Istana Windsor, United Kingdom pada Mei lalu.

Harry merupakan anak bongsu kepada mendiang Puteri Diana dan Putera Charles, manakala Meghan merupakan bekas bintang utama siri Suits. -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.