Itu persoalan yang dibangkitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini terhadap kerajaan PH khususnya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Kata beliau, sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), PH menerusi beberapa ceramah telah meyakinkan seluruh rakyat bahawa pemansuhan GST dan pelaksanaan semula SST akan menurunkan harga barang.

“Kini tidak lagi. Lebih parah lagi PH mendakwa mereka tidak pernah berjanji demikian.

“Kalau tidak akan turunkan harga barang, mengapa bermati-matian mahu mansuhkan GST yang lebih telus dan pulang kepada SST yang banyak kelemahan?” katanya menerusi status di akaun Facebook beliau, di sini hari ini.

Pada 8 Mac lalu, PH melancarkan manifesto PRU-14 yang bertemakan Membina Negara dengan menggariskan 10 janji antaranya menghapuskan GST dan mengembalikan SST dengan potensi penjimatan.

Pada 7 Ogos lalu, Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua Kiam Wee yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan percaya harga barangan akan lebih murah selepas pelaksanaan SST. – UTUSAN ONLINE