Guan Eng Sekat Peruntukan Masjid, Didakwa Rasis

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan Lim Guan Eng didesak berundur daripada jawatannya kerana nersifat rasis apabila menghentukan peruntukan untuk bantuan dana kepada masjid dan sekolah agama.

Mengetuai sebuah himpunan bantahan di Pulau Pinang, Ustaz Hafiz Nordin berkata bahawa Guan Eng jelas gagal menjalankan tanggungjawabnya apabila cuba menyekat keharmonian Islam.

“Ini mesej yang kita nak sampaikan supaya menteri Kewangan jangan bawa sifat rasis. sifat keagamaan kamu ketika kamu memimpin.

“Kamu wajib mematuhi sumpah kepada (Yang diPertuan Agong) YDPA walaupun kamu bukan Islam, artikel 39. Yang mewajibkan semua menteri kabinet untuk melaksanakan sumpah kalau rasa tidak boleh laksana keluar daripada Kementerian Kewangan.

“Kami tak perlu menteri seperti kamu. Hang tak faham undang-undang, perlembagaan hang blah lah,” katanya.

Sebelum ini tular beberapa helaian surat rasmi dari Kementerian Kewangan yang membatalkan dan menangguhkan peruntukan dana untuk pembinaan masjid dan sekolah agama termasuk 9 projek pembinaan di Pulau Pinang selain di Puchong dan 4 lagi di Lenggong.

Tambah Hafiz tindakan Guan Eng labih kasar daripada caci maki apabila dilihat semakin tidak adil dengan umat Isla.

“Tindakannya lebih kasar daripada perkataan yang saya cakap, menyekat bantuan kepada rumah-rumah Allah di Pulau Pinang khasnya demikian bantuan kepada sekolah agama nak tambah sekolah Cina, siapa yang rasis siapa yang tidak.

“Media medium untuk kami menyampaikan mesej ekpada rakyat seluruh negara agar bangkit menentang apa juga usaha untuk membantut perkembangan kemajuan Islam dalam negara kita,” tambahnya. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.