Video: Guan Eng Janji Beri BR1M

PETALING JAYA – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendakwa beliau akan memberikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)  kepada rakyat sekiranya memenangi Pilihanraya Umum ke-14.

Menurut beliau, beliau akan berbuat baik untuk negara, cukai GST akan dihapuskan dan akan mengekalkan pemabayaran BRIm kepada rakyat Malaysia.

“Kalau anda boleh terus sokongan gantikan kerajaan Barisan Nasional, kami jamin, kita akan buat baik, untuk negara.

“Yang pertama, hapuskan GST dan pada masa yang sama kita pastikan Br1m tetap akan dibayar kepada semua rakyat Malaysia,”katanya ketika berucap di demo anti-kleptokrasi di Padang Timur.

Dalam pada itu, beliau yang juga  mendakwa, beliau mampu untuk berbuat demikian kerana tidak makan duit rakyat.

“Kita mampu berbuat demikian, berdaya berbuat demikian, kerana kita bersih, kita tak makan wang rakyat,”ujarnya.

Terdahulu,  demo anti-kleptokrasi itu, turut dihadiri, Pengerusi Parti Bersatu, Tun Mahathir, serta Presiden PKR, Datuk Seri Dr Mahu Azizah Wan Ismail.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.