Tentera Iraq dan Pemisah Kurdis Kini Di Ambang Peperangan

BAGHDAD – Ribuan tentera Iraq terperangkap dalam ketegangan memuncak dengan pemisah Kurdis di Wilayah Kirkuk ketika Washington berusaha mengelakkan peperangan antara sekutunya dalam kempen memerangi militan Daesh.

Puak Kurdis berkata, pihaknya semakin menghampiri tarikh akhir jam 2 pagi ini waktu tempatan yang ditetapkan Baghdad untuk pemisah menyerahkan kedudukan yang dirampas ketika serangan dilancarkan terhadap Daesh sejak tiga tahun lalu.

Kereta perisai membawa bendera Iraq diletakkan di tebing sungai di selatan Kirkuk, lapor jurugambar AFP.

Di tebing sebelah sana, pejuang Kurdis kelihatan di belakang tambak timur yang ditimbuni bata konkrit dan bendera Kurdis berwarna merah, putih, hijau dan kuning.

“Tentera kami tidak bergerak dan kini menanti arahan ketua,” kata pegawai tentera Iraq yang enggan dikenali.

Sejurus sebelum tengah malam waktu tempatan, tentera Iraq menggunakan pembesar suara untuk mendesak pejuang Kurdis supaya berundur.

“Tarikh akhir ditetapkan bagi pemisah Kurdis untuk kembali ke kedudukan mereka sebelum 6 Jun 2014 akan berakhir pada waktu malam,” kata pegawai kanan Kurdish yang enggan dikenali. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.