Sindiket Guna Pas Pelajar, Dokumen Palsu

PARIT – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan wujudnya sindiket yang menggunakan pas pelajar dan dokumen palsu bagi membawa pejuang pengganas asing (FTF) masuk ke negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, perkara tersebut diperolehi hasil siasatan lanjut pihak polis terhadap 48 individu dipercayai anggota FTF yang ditahan sejak Januari lepas hingga tiga hari lalu.

Menurutnya, sindiket itu dipercayai turut menggunakan peluang belajar di institusi agama di negara ini untuk membawa masuk pengganas dengan menggunakan visa pelajar, lapor Kosmo.

“Kita telah menahan sembilan individu dari selatan Filipina yang dipercayai Kumpulan Abu Sayyaf. Ada antara individu tersebut menggunakan pas pelajar atau dokumen palsu untuk masuk ke negara ini.

“Kita sedang mengesan pelajar lain yang terlibat dengan kerjasama institusi pengajian tinggi di negara ini untuk membendung sindiket tersebut daripada terus berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Hari Sukan Negara 2017 peringkat PDRM 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Muzaffar Shah 1, Lambor Kanan dekat sini semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.