Reman Pemimpin Pemuda WARISAN, Umno Sabah Dilanjut 3 Hari

Tempoh reman dua pemimpin Pemuda Umno Sabah dan Ketua Pemuda Parti Warisan Sabah (WARISAN), yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan penyelewengan dan pembangunan luar bandar, dilanjut selama tiga hari.

Majistret Mohd Aizat Abdul rahim membenarkan permohonan lanjutan itu, menurut laporan New Straits Times.

Ketua Penerangan Pemuda Umno Sabah Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda WARISAN Mohd Azis Jamman ditahan 9 Oktober lalu, di ibu pejabat SPRM di Kota Kinabalu.

Ketua Pemuda Umno Tawau Ariffin Kassim pula ditahan di pejabat SPRM di Tawau, juga pada hari yang sama.

Mereka sebelum ini dikenakan tahanan reman selama lima hari.

Mohd Azis merupakan pemimpin kedua WARISAN yang ditahan berhubung kes itu, selepas naib presiden Peter Anthony.

SPRM kini sedang menyiasat dakwaan penyelewengan dana yang didakwa untuk projek pembangunan yang sepatutnya dilaksanakan Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, sebelum pemecatan Datuk Seri Shafie Apdal daripada portfolio itu ketika rombakan kabinet pada 2015.

Adik Shafie, Hamid Apdal turut ditahan untuk siasatan dan direman lima hari.-Malaysiakini

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.