Pesawat Terhempas Dalam Laut

Abidjan (Ivory Coast) – Sekurang-kurangnya empat maut dan enam lagi cedera selepas sebuah pesawat kargo yang disewa tentera Perancis terhempas di laut berhampiran Abidjan.

Pesawat jenis Antonov itu dilaporkan terhempas ke dalam laut tidak lama selepas berlepas dari lapangan terbang Abidjan, lapor Metro.

Saksi memberitahu, anggota bomba dan pasukan penyelamat dilihat mengeluarkan dua mayat daripada pesawat yang pecah kepada beberapa bahagian.

Dua lagi mayat dilihat berada di dalam bangkai pesawat manakala dua mangsa yang cedera dibawa ke pantai.

Pasukan penyelamat juga menunda bangkai pesawat itu ke pantai.

Satu sumber tentera memberitahu, pesawat yang membawa 10 penumpang itu disewa tentera Perancis dalam operasi antipengganas di Barkhane.

Menurutnya, empat mangsa yang maut itu adalah warga Moldova manakala yang cedera termasuklah warga Perancis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!