Pakar Bom Pelajar Pintar Di Sekolah

PASIR PUTEH – Remaja berusia 19 tahun yang ditahan polis pada Selasa lalu setelah dipercayai memiliki kepakaran membuat bom merupakan seorang pelajar pintar di sebuah sekolah di daerah ini.

Menurut sumber, suspek yang masih menuntut di Tingkatan Enam di sekolah berkenaan dikatakan tidak pernah menimbulkan masalah displin, lapor Kosmo.

“Penduduk kampung serta mereka yang me­ngenali remaja tersebut agak terkejut dengan berita penahanan pelajar itu.

“Malah kehadiran ramai pihak polis dengan kawalan ketat semasa menahannya menggemparkan penduduk sekitar,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.