Liverpool Kecewa Man. United Lega

PEMAIN Liverpool, Philippe Coutinho (tengah) diasak dua pemain Manchester United, Ander Herrera (kiri) dan Ashley Young dalam aksi Liga Perdana England yang berkesudahan seri 0-0 di Anfield malam tadi.

Buat tahun kedua berturut-turut, perlawanan epik dua kelab paling bersejarah di England antara Liverpool dan Manchester United di Anfield malam tadi berakhir dengan keputusan seri 0-0 bahkan tiada aksi menarik dipersembahkan kepada para penyokong sepanjang 90 minit permainan, lapor Kosmo.

“Manchester United datang ke sini (Anfield) untuk mengutip satu mata dan mereka berjaya,” kata pengurus The Reds, Jurgen Klopp sebaik tamat perlawanan.

Klopp yang enggan mengkritik pendekatan permainan rakan sejawat di Manchester United, Jose Mourinho pada aksi tersebut secara sinis memberitahu, sudah pasti kamu tidak akan bermain sebegitu (corak permainan) di Liverpool tetapi ia tiada masalah buat Manchester United.

Sementara itu, Mourinho berkata, Liverpool bermain dengan mantap di bahagian tengah menerusi Emre Can, Georginio Wijnaldum dan Jordan Henderson sepanjang 90 minit kerana mereka bimbang dengan serangan-serangan pantas oleh United.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.