Kanak-kanak Selamba `Tunggang’ Ular Sawa Sepanjang 20 Kaki

Beraninya kanak-kanak ni. Ular Sawa sepanjang 20 kaki ini dijadikannya umpama `kuda’ dan selamba ditunggangnya.

Kanak-kanak itu, Truong dirakamkan `menunggang’ ular berkenaan ketika banjir melanda di Vietnam.

Pada mulanya ramai yang menyifatkan gambar itu sebagai palsu apabila ia menjadi viral namun ibu saudara bukan berkenaan mempertahankan bahawa gambar itu adalah betul.

“Dia berusia tiga tahun dan ular sawa itu berat 80kg.

“Keluarga kami memelihara ular ini sejak empat tahun lepas. Keadaan masa itu hujan dan banjir, jadi kami letak ular itu di situ untuk berehat,” katanya.

Gambar itu dirakamkan di rumah keluarga berkenaan di wilayah Thanh Hoa, kawasan di mana paling teruk dilanda banjir di Vietnam.

Hujan lebat itu mengakibatkan 54 orang terkorban dan beratus ribu rumah tenggelam dan mengalami kerosakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.