China Hasilkan Sistem Pengecaman Wajah Terpantas Dunia

BEIJING – China membina sistem pengecaman wajah ‘paling berkuasa di dunia’ bagi tujuan mengenal pasti setiap seorang daripada 1.4 bilion rak­yatnya hanya dalam masa tiga saat.

Matlamat utama sistem itu dibangunkan adalah untuk memadankan wajah seseorang dengan gambar kad pengenalan mereka pada ketepatan kira-kira 90 peratus, lapor Kosmo.

Sistem berkenaan boleh disambungkan kepada pusat penyimpanan dan pemprosesan data di seluruh China.

Projek yang dilancarkan oleh Kementerian Keselamatan Awam China pada 2015 itu masih dalam percubaan dengan kerjasama sebuah syarikat keselamatan beribu pejabat di Shanghai.

Menurut akhbar South China Mor­ning Post, sistem pengecaman wajah 1.4 bilion orang itu dibangunkan oleh syarikat Isvision yang memenangi kontrak tahun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.