Aksi 2 Remaja Swafoto Di Bumbung Pusat Beli-Belah Tular

SEREMBAN – Klip video aksi dua remaja perempuan yang mengambil gambar ‘selfie’ di atas bumbung sebuah kompleks beli-belah di bandar ini, menjadi tular sejak semalam.

Klip video selama 26 saat berkenaan yang dirakam oleh individu lain dari bangunan berhampiran, memaparkan aksi kedua-dua mereka duduk, berdiri dan bergambar, di bahagian hujung bumbung konkrit yang tidak berpagar, petik BH.

Tindakan mereka mencetuskan pelbagai reaksi dan kebanyakan netizen menyifatkannya sebagai berbahaya dan mengundang maut.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh, berkata pihaknya belum menerima laporan berkaitan tindakan kedua-dua remaja itu.

“Biasanya, laluan ke bahagian bumbung tidak boleh dimasuki orang luar sesuka hati. Kita belum menerima laporan termasuk pengurusan kompleks beli-belah berhubung,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.